aimsdesign

Dengan mengingati Allah

“..hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” [ ar-ra’d: 28 ]

Di saat manusia sibuk dengan urusan dunia, di kala manusia alpa dengan kemewahan, di ketika manusia lalai dengan hiburan, di waktu itu juga Allah tidak pernah melupakan makhluk-Nya.

Dia Maha Melihat, Mendengar sesuatu setiap masa setiap tempat. Itulah tanda kasih-Nya pada makhluk-Nya. Dia tidak meminta dari makhluk-Nya harta, cuma meminta makhluk-Nya untuk ingat pada-Nya.

Allah Maha Pengasih pada makhluk-Nya. Dia Maha Tahu bahawa manusia, pada ketikanya akan penat dengan segala urusan, akan tiba masa manusia lelah dengan dunia, rasa putus asa, rasa ingin membunuh diri untuk lari dari semua masalah, kerana itu Allah memberikan jalan termudah untuk manusia menyelesaikan segala masalah. iaitu kembali pada-Nya.

Di saat manusia kembali pada-Nya, ketika itu jugalah ketenangan datang. Kerana keresahan dan kesusahan itu dicipta oleh-Nya. Untuk menguji. Kerana itu ujian adalah tanda kasih Allah pada makhluk-Nya.

Dengan ujian, Allah mahu manusia segera kembali pada-Nya. Kerana kesenangan dan ketenangan juga dicipta oleh-Nya.

Maka tiada jalan lain untuk menghilangkan resah dan gundah melainkan jalan ini. Iaitu kembali pada-Nya dan berserah pada-Nya. Kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan kembali tenang.

 

This entry was published on June 12, 2012 at 12:30 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

2 thoughts on “Dengan mengingati Allah

  1. muhaimin on said:

    assalamualaikum..saya sebagai pelajar sekolah berasa bangga dan ingin tunjuk ajar tuan!! Insya-Allah tuan akan berjaya dunya wal akhirah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: