aimsdesign

Turn to Allah

Jika kau rasa risau atau lemah, kembalilah kepada Allah, nescaya kau akan temui ketenangan.

Manusia yang hidup di dunia tidak akan lari dari pelbagai masalah, cabaran dan halangan, kerana memang manusia akan sentiasa diuji dengan kesedihan dan kerisauan.

Manusia yang tiada Allah dalam dirinya akan cuba mencari pelbagai cara untuk menenangkan fikiran yang berserabut.

Manusia yang tiada Allah dalam dirinya akan sentiasa berusaha mencari hiburan yang indah untuk menghilangkan tekanan.

Tetapi usaha itu tidak akan menemui jalan penyelesaian. Kalau pun tenang, ia hanya untuk sementara waktu sahaja. Kemudian akan hilang dan datang semula tekanan.

Manusia yang ada Allah di jiwanya pula tidak perlu bersusah payah mencari hiburan dan pelbagai cara lain, tetapi cukup baginya kembali pada Allah dalam erti kata mengingat dan berzikir pada Allah, kembali mengingat tentang kebesaran Allah, hatinya kembali tenang.

Kerana keresahan, kekusutan, tekanan adalah dari Allah, dan Dia juga menciptakan ketenangan sebagai penawar.

Dari dia ketenangan itu datang, kepada Dia ketenangan itu kembali.

Kembalilah pada Allah, nescaya ketenangan yang akan kau perolehi.

This entry was published on June 26, 2012 at 9:07 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: