aimsdesign

Bangga menjadi muslim

 

Berbanggalah kamu bergelar seorang muslim. Kerana agama islam adalah satu-satunya agama Allah. Agama yang diterima Allah. Agama yang satu tiada dua.

“sesungguhnya agama pada sisi Allah itu ialah islam” [ Al-Imran: 19 ]

Berbanggalah juga menjadi muslim kerana agama ini agama paling mulia. Agama yang memuliakan penganutnya dan menghormati penganut agama lain. Agama yang tinggi dan mulia.

“Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya” [ hadis ]

Berbanggalah menjadi muslim kerana islam mengajar umatnya menjadi bersih setiap masa, setiap tempat. Setiap kali solat, umat islam disyariatkan berwuduk membersih diri. Maka apa lagi bukti islam itu mulia apabila kebersihan itu dipandang penting.

Tambahan lagi lahirnya seorang muslim dimandikan dengan baik. Diazankan di telinga. Ketika meninggal pula, dimandikan dan dikafankan dengan kain putih dan disolatkan sebelum ditanam. Lihatlah bukti ini, ketika lahir dimuliakn. Ketika hidup dimuliakan. Dan ketika mati pun dimuliakan.

Maka bukti apa lagi mahu menunjukkan bahawa islam itu mulia. Dan wajib atas umatnya untuk berbangga menjadi penganut agama islam. Menjadi muslim.

“Dan aku bangga bergelar seorang MUSLIM”.

This entry was published on August 28, 2012 at 3:49 am and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: