aimsdesign

Gambaran Islam

 

Islam yang diilhamkan dalam gambar atau lukisan itu nampak indah dan menarik. Segalanya nampak sempurna meskipun hanya sebuah gambar. Tetapi islam pada realiti jauh lebih sempurna dan indah. Sehingga tiada satu gambar atau lukisan pun mampu menggambarkan keindahan islam yang sebenar.

Kerana islam bukanlah agama pada gambaran dan lukisan semata-mata, bukan juga agama pada percakapan, bukan juga agama pada lakonan, tetapi ia adalah agama realiti. Ia bukan agama fantasi.

Ramai orang islam hari ini menceritakan betapa indahnya islam kepada orang bukan islam. Tetapi orang bukan islam tetap tidak boleh menerima islam sebagai agama. Kerana apabila mereka melihat pada realiti, orang islam tidak seindah yang digambarkan.

Hari ini orang islam terlupa bahawa Islam yang sepatutnya indah itu tidak direalitikan dalam hidup mereka. Akhlak buruk sudah cukup menambahkan kebencian orang bukan islam kepada islam. Akhirnya islam yang indah itu menjadi buruk hanya kerana akhlak orang islam sendiri.

Islam itu memang indah. Tetapi jangan lupa untuk merealitikan keindahan itu dalam kehidupan seharian. Dan islam itu pastinya dipandang indah kerana akhlak penganutnya.

This entry was published on September 8, 2012 at 6:23 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: