aimsdesign

Nilai ilmu

belajar

Kata Imam Syafie: “Jika kamu tidak tahan menanggung lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan”

Nilai ilmu pada seseorang itu amatlah tinggi. Ini kerana, tanpa ilmu, seseorang itu bodoh dan tiada nilainya dalam masyarakat. Seseorang yang bodoh, lebih teruk dari sampah. Kerana sampah boleh dikitar semula menjadi bahan yang bermanfaat untuk kegunaan manusia, tetapi orang yang bodoh tidak ada nilai dan tidak berguna pada masyarakat, malah menyusahkan masyarakat.

Untuk mendapatkan ilmu, manusia perlu berusaha keras ke arahnya. Jika bermalas-malasan, ilmu tidak akan datang kepadanya. Kerana ilmu itu mesti dicari, ia tidak datang sendiri.

Disebabkan ilmu ini penting walaupun sukar untuk memperolehinya, maka Allah dan Rasul-Nya selalu memberi galakan kepada umat islam khususnya untuk terus mencari ilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang keluar untuk menuntut ilmu, termasuk orang yang berjuang di jalan Allah hingga ia kembali” (H.R. At-Tirmizi)

“Orang yang memudahkan jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya (kepada orang yang menuntut ilmu) kerana suka kepada orang yang mencari ilmu” (H.R. At-Tirmizi)

Wallahua’lam..

This entry was published on June 19, 2013 at 3:26 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: