aimsdesign

Mati yang pasti

mati yang pasti

Imam Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya: “perkara apakah yang paling hampir dengan manusia?” Anak muridnya menjawab dengan pelbagai jawapan. Imam Ghazali kemudian berkata: “semua jawapan anda betul. Tetapi kurang tepat. Kerana perkara yang paling hampir dengan manusia ialah KEMATIAN.

Melihat dialog imam Ghazali ini, kita boleh simpulkan bahawa kematian adalah perkara paling hampir kerana tiada siapa tahu ajalnya bila. Tetapi ia adalah sesuatu yang pasti kerana Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat ke 185 yang bermaksud:

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”

Mati adalah pasti, malah apabila tiba ajal seseorang, ia tidak akan ditangguh atau dipercepatkan. Jika tiba ajal, maka malaikat maut datang tepat pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Allah. Maka manusia tidak akan mempu lari dari ajalnya.

Firman Allah: “Jika telah datang ajalnya, maka tidak dapat dilambatkan atau dicepatkan, walaupun hanya sesaat”

Jadi amat tepatlah apa yang dikatakan oleh imam Ghazali. Mati adalah perkara paling hampir dengan manusia. Kerana tiada seorang pun tahu bila ajalnya kecuali Allah yang memberitahunya. Kita mungkin sahaja mati tahun hadapan, mungkin bulan hadapan, boleh jadi minggu depan, atau esok, atau sejam lagi, atau seminit lagi…semua itu ketentuan ajal yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap hamba-Nya.

Dan apabila manusia sentiasa sedar bahawa ajalnya akan datang bila-bila masa, maka dia akan sentiasa membuat persediaan menghadapi mati. Dan persedian menemui hidup yang kekal abadi di sana.

Maka tepatlah jika dikatakan mati adalah sebaik-baik peringatan buat manusia. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa ingat akan mati.

Wallahua’lam.

This entry was published on June 20, 2013 at 11:38 am and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: