aimsdesign

Ramadan: The Month Of Blessings

ramadan

Bulan Ramadan diketahui ramai sebagai bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kebaikan di dalamnya. Namun rahmat dan kebaikan jenis apakah yang Allah kurniakan kepada bulan ini? Sehingga ia begitu disebut-sebut dan dinanti-nantikan oleh semua terutamanya mereka yang hatinya begitu hampir dengan Allah.

Bulan Ramadan ialah bulan dimana dibuka pintu rahmat seluas-luasnya kepada semua hamba Allah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tibanya bulan Ramadan, maka terbukalah pintu-pintu rahmat, dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan” (H.R Muslim)

Selain itu, kemuliaan Bulan Ramadan dibuktikan dengan turunnya kitab suci Al-Quran di bulan tersebut. firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu. Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu…

Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia kerana Allah memuliakannya. Dan manusia yang memanfaatkan masanya ketika bulan Ramadan ialah manusia yang bakal dimuliakan Allah. Kemudian manusia itu akan terus dimuliakan jika ibadah-ibadah yang dilaksanakan ketika Ramadan diteruskan ke bulan-bulan yang lain sehingga bertemu kembali dengan Ramadan yang seterusnya.

Bulan Ramadan juga selalu disebut sebagai bulan madrasah(sekolah). Ini kerana, sesiapa yang melaluinya adalah umpama memasuki sebuah madrasah untuk mentarbiyah diri ke arah kebaikan. Kemudiannya setelah melalui segala ujian di dalam bulan ramadan iaitu berpuasa di siang hari, khatam Al-Quran, bersedekah, berselawat, berdoa, dan juga berqiyamullail di malam hari, maka manusia itu akan keluar dari madrasah ramadan sebagai graduan Ramadan dan dikurniakan Aidilfitri sebagai meraikannya. Seterusnya membawa bekal latihan dan ujian Ramadan ke dalam bulan-bulan seterusnya.

Ramadan adalah bulan yang dikurniakan kelebihan yang banyak. Antaranya digandakan pahala amal ibadah di dalamnya. Antara contohnya ialah bersedekah.

“Dari Anas: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “bilakah waktunya sedekah yang paling baik?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Sedekah yang paling baik ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (H.R Tirmizi)

Maka jelas pada kita semua bahawa bulan Ramadan bukan sekadar bulan-bulan di dalam kalendar hijri, tetapi ia adalah bulan yang istimewa bagi mereka yang benar-benar memahaminya. Ia juga adalah tanda sayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Wallahua’lam.

This entry was published on July 6, 2013 at 2:06 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: