aimsdesign

Puasa itu perisai

puasa perisai2Banyak dalil yang menceritakan peripentingnya berpuasa. Malah puasa itu sendiri adalah sebuah amalan yang sangat disukai oleh Allah. Puasa diri dari makan dan minum itu satu hal, tetapi yang lebih utama ialah puasa mampu menjaga diri dari melakukan perkara-perkara maksiat dan dapat mencegah diri dari melakukan dosa-dosa.

Hadis dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai, maka janganlah berkata keji dan melakukan perkara sia-sia, jika datang seseorang mengajaknya bertengkar atau mencacinya, maka hendaklah ia berkata: “Aku berpuasa, Aku berpuasa”. Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi.(Allah berfirman)”Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum serta syahwatnya keranaKu, dan aku yang akan memberi ganjarannya”. Dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh..

Puasa bukan sahaja perisai atau penghalang seseorang dari melakukan maksiat kepada Allah, malah lebih dari itu puasa akan menjadi perisai kepada sesiapa yang berpuasa daripada dibakar oleh api neraka di akhirat kelak.

Nabi bersabda: “Sesungguhnya puasa itu adalah perisai yang dengannya seorang hamba melindungi diri dari azab api neraka”

Jadi hendaklah kita sebagai umat islam rasa beruntung kerana disyariatkan kepada kita puasa yang mampu menjadi perisai di dunia dan juga perisai di akhirat. Insyaallah.

Wallahua’lam.

This entry was published on July 22, 2013 at 6:32 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: