aimsdesign

Power of Do’a

doa senjata

Doa adalah satu kelebihan yang hanya diberikan Allah kepada orang mukmin sahaja. Kerana orang kafir tidak akan diberikan Allah kelebihan ini. Meskipun mereka juga berdoa dengan kepercayaan mereka, itu hanya sia-sia dan membuang masa. Sedikitpun tidak akan dihiraukan oleh Allah.

Kelebihan yang besar ini kebiasaannya dilupakan oleh orang islam sendiri. Malah memandang rendah dan meremehkannya. Ada yang menganggap doa adalah sekadar melengkapkan ibadah, bukan pengharapan sebenar. Kerana sebab terbesar ialah apabila seseorang berdoa, kadang-kadang dimakbulkan, tapi kadang-kadang tidak.

“aku setiap hari doa dan berusaha untuk kaya, tapi sampai sekarang miskin”

“semalam aku doa aku harap dapat markah full dalam peperiksaan, tapi tak dapat pun”

“aku selalu doa untuk dapat kahwin dengan si dia, tapi last-last aku kahwin dengan orang lain”

Dialog di atas adalah sebahagian dari banyak rungutan orang islam berkaitan doa yang tidak dimakbulkan. Kesilapan pada dialog pertama kita boleh rumuskan sebagai seorang yang meminta dan telah berusaha. Tetapi dia terlupa bahawa setiap rezeki telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya. Dia terkurang dari segi tawakal dan redhanya. Sedang dia tidak tahu rezekinya sudah tersedia di syurga sana.

“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Ali Imran :159)

Dialog kedua boleh disimpulkan sebagai seorang yang telah berdoa tetapi tidak berusaha keras untuk berjaya. Orang seperti ini samalah seperti seorang yang lapar mengharapkan supaya nasi siap terhidang di depan matanya dan tersuap ke dalam mulutnya tanpa sebarang usaha. Orang seperti ini hanya berangan mahu berjaya tetapi tidak akan mampu berjaya.

“siapa yang berusaha, dia berjaya”

Dialog ketiga pula menjelaskan bahawa setiap orang sudah ditetapkan jodoh untuknya. Maka kenapa perlu susah hati mencari kekasih hati sedangkan dia tidak tahu kekasih hatinya itu baik atau tidak buat dirinya. Sepatutnya dia redha jika jodohnya sudah sampai. Doa orang seperti ini pun tidak akan dimakbulkan kerana Allah telah memberi kepadanya apa yang dia perlu, bukan apa yang dia mahu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Maka berdoalah pada sesuatu yang ‘boleh’…bukan sesuatu yang mustahil dan yang telah ditetapkan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk para hamba-Nya.

Wallahua’lam

 

This entry was published on July 30, 2013 at 3:27 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: