aimsdesign

Berlumba dalam kebaikan

lumba

 

Sifat dengki dan cemburu adalah perkara mazmumah yang keji. Tetapi ada cemburu yang dibenarkan. Iaitu cemburu dalam perkara kebaikan.

Sifat cemburu apabila melihat orang lain membuat kebaikan adalah sangat dituntut. Ini kerana cemburu itu akan meningkatkan semangat dalam diri untuk berbuat kebaikan lebih baik dari kebaikan yang dilakukan orang lain. Seterusnya timbul rasa ingin berlumba untuk memperolehi ganjaran pahala dari Allah.

Nabi pernah bersabda:

“Tidak ada hasad(cemburu) yang dibenarkan kecuali kepada dua golongan. Iaitu cemburu kepada mereka yang Allah berikan harta kepadanya dan dia membelanjakan kepada jalan kebaikan dan cemburu kepada mereka yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam” (H.R Muslim)

Cemburu kepada mereka yang mempunyai harta yang banyak sehingga mampu membelanjakan di jalan kebaikan akan menjadikan kita berasa mahu berusaha keras dalam bekerja dan seterusnya membelanjakan harta tersebut di jalan kebaikan.

Cemburu kepada mereka yang ada ilmu pula menjadikan kita bertambah semangat untuk belajar mencari ilmu sebanyak boleh untuk mengajarkan kepada orang lain.

Sifat cemburu seperti ini dapat menghasilkan manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam mengejar ganjaran dan pahala yang Allah sediakan. Selain cemburu ini mestilah bersifat positif bukannya negatif. Agar cemburu ini bukan digunakan untuk mengurangkan kebaikan orang lain sehingga kita mampu mendahuluinya dalam kebaikan, tetapi biarlah cemburu yang menjadikan diri semakin bersemangat dalam meningkatkan amalan dan ibadah diri sendiri.

Umpama perlumbaan kereta, Perlumbaan yang sihat. Siapa yang lebih laju, dia menang. Bukan siapa yang dapat melanggar lawannya dialah pemenang.

Jom Berlumba secara sihat dalam perkara kebaikan.

Wallahua’lam

This entry was published on August 2, 2013 at 6:02 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: