aimsdesign

Salam Aidilfitri 2013!

aidilfitri 2013

 

Pertama sekali Aimsdesign ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI 2013 kepada semua. Maaf Zahir dan Batin. Maaf ampun jika ada salah silap selama menyampaikan dakwah melalui poster ini.

Kita sering mendengar AIDILFITRI tetapi sejauh manakah kita memahaminya. perkataan Aidilfitri adalah berasal dari perkataan arab. Iaitu ‘aid yang membawa maksud perayaan dan fitri yang bermaksud fitrah.

Perayaan ini Allah sediakan kepada umat islam setahun sekali untuk memberi kegembiraan setelah berjaya melalui 1 bulan Ramadan iaitu bulan ujian. Di dalam bulan Ramadan, umat islam diberi peluang untuk menambah pahala dan membuang dosa-dosa lepas. Kemudian Allah berikan pula selepas Ramadan, 1 hari Syawal untuk umat islam bergembira kerana telah berjaya menggandakan pahala dan juga menyucikan diri.

Namun perayaan ini bukanlah bermakna umat islam perlu meraikannya keterlaluan dan melampaui batasan, sehingga lupa diri dan kembali semula seperti sebelum Ramadan yang kurang amalan. Tetapi perayaan ini sepatutnya lebih terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sebagai tanda kita sebagai umat islam berterima kasih kepada Allah atas nikmat ini.

Ingatlah, tanpa Ramadan, nescaya kita tidak akan merasai nikmat sebenar beraya di Aidilfitri. Seorang yang telah berpenat lelah menambah amal, Sanggup tidak makan siang hari, meninggalkan syahwat, mengurangkan tidur di malam hari, mengeluarkan duit yang banyak untuk bersedekah dan sanggup menghabiskan masa yang banyak untuk beribadat, pastilah akan merasai nikmatnya berhari raya di Aidilfitri.

Sesungguhnya Aidilfitri itu adalah hari kemenangan buat umat islam. Hargailah ia dengan sebaiknya. Tunjukkan syukur dengan banyak mengucap syukur. Hiasailah ia dengan ucapan tahlil(lailahaillallah), takbir(Allahuakbar), tahmid(Alhamdulillah) dan taqdis(al-quddus).

Semoga kita semua diberkati di hari raya ini.

Wallahua’lam.

Salam Aidilfitri!

This entry was published on August 7, 2013 at 5:34 am and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: