aimsdesign

Tahanlah amarahmu

amarah

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah. Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: Jangan kamu marah..

Marah adalah sesuatu yang fitrah dalam diri manusia. Perasaan ini berpunca dari dalam diri yang tidak kuat menahan nafsu marah. Kerana itu perasaan marah adalah sifat yang keji tatkala ia dibiar merebak dan tidak dibendung. Kerana pada akhirnya perasaan ini boleh menyebabkan kesan yang lebih buruk seperti pergaduhan dan pembunuhan.

Kerana itu nabi s.a.w menasihati sahabatnya untuk tidak marah ketika rasa itu mula datang. Malah nabi s.a.w mengulangi nasihat yang sama beberapa kali menunjukkan marah itu harus dibendung dengan nasihat yang berulang kali. Kerana seorang yang sudah dirasuk perasaan marah, dia tidak mampu berfikir secara lojik dan akalnya hilang fungsi untuk berfikir.

Nabi s.a.w telah mengajarkan umatnya untuk meredakan perasaan marah. Antaranya nabi s.a.w menyuruh untuk berwuduk. Kemudian cara lain diajar nabi pada hadis yang berbunyi:

“Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

Lihatlah betapa peripentingnya untuk kita sebagai manusia untuk sentiasa mengawal perasaan marah. Bersabarlah selalu tikamana perasaan marah mula timbul. Jangan biar ia merebak kerana marah umpama api. Jika dibiar tidak dipadam, ia semakin merebak dan akhirnya membakar diri.

Wallahua’lam

 

This entry was published on November 3, 2013 at 4:57 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a comment