aimsdesign

Hasad dengki

hasad

Dengki adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak patut ada dalam diri orang mukmin. Hasad dengki itu bermaksud sikap seseorang yang tidak menyukai kawannya atau orang lain memiliki sesuatu nikmat sedangkan dia menyukai jika dia yang memperolehinya.

Sepertimana Imam Nawawi menjelaskan di dalam kitabnya Riyadhussolihin tentang apa itu hasad, ”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”

Sesiapa yang memiliki sifat ini, jiwanya tidak akan tenteram memikirkan nikmat yang dimiliki oleh orang lain. Tapi hatinya akan puas jika nikmat yang ada pada orang lain itu hilang dan dia memiliki nikmat tersebut. Maka untuk memuaskan hatinya, dia akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamatnya biarpun dengan jalan yang dilarang seperti sihir.

Sifat ini tidak mengenal mangsa, malah Rasulullah s.a.w pernah disihir kerana sifat iri hati dan dengki orang terhadapnya. Kerana itu bagi sesiapa yang memperolehi nikmat, seperti perniagaan yang maju, hidup yang bahagia, isteri yang baik dan sebagainya, janganlah lupa memohon perlindungan dari Allah dari sebarang dengki dan irihati yang memusnahkan. Kerana itu nabi pernah berpesan:

Nabi s.a.w bersabda: “Mintalah pertolongan atas terlaksananya beberapa keperluanmu dengan sembunyi-sembunyi, kerana sesungguhnya tiap-tiap yang mendapat nikmat itu didengki”

Wallahua’lam.

This entry was published on January 18, 2014 at 1:15 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: