aimsdesign

Mencari dan menjaga sahabat

sahabat

Sahabat adalah insan yang sentiasa berdamping dengan kita. Mereka lah yang selalu bersama kita tidak kira keadaan. Samada dalam keadaan kita senang, susah, gembira, sedih, berjaya atau kecewa, insan bernama sahabat pasti akan ada bersama kita.

Sahabat tidak dinilai pada kecantikannya, kekayaannya atau kedudukannya, sahabat mesti dinilai dari sudut akhlak dan peribadinya. Kerana seseorang insan itu dinilai melalui perwatakan sahabatnya.

Nabi s.a.w bersabda melalui hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi:“Seseorang itu mengikut agama kawannya, maka hendaklah kalian melihat dengan siapa dia berkawan (untuk mengenalinya)”

Dan Nabi s.a.w juga bersabda dalam hadis yang lain dengan membawa perumpamaan bersahabat dengan sahabat yang baik melalui sabda baginda: “Contoh teman yang soleh dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, boleh jadi ia akan memberimu minyak wangi, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang besi, boleh jadi ia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau yang busuk darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Mencari sahabat yang baik perlu diutamakan. Namun bukan bermakna islam tidak membenarkan kita untuk berkawan dengan insan-insan lain yang kurang baik. Bersahabatlah dengan sesiapa sahaja yang anda mahu. Tetapi biarlah kita mampu untuk mempengaruhnya ke arah kebaikan. Bukan diri kita yang akan terpengaruh dengannya ke arah keburukan.

Ada pepatah melayu berbunyi: “berkawan biar seribu, berkasih biar satu”

Wallahua’lam

This entry was published on April 25, 2014 at 9:15 am and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: