aimsdesign

Apabila ujian datang

ujian

Ujian atau masalah itu sentiasa ada dalam kehidupan manusia seharian. Kita tidak akan sesekali dapat lari darinya. Dari manusia itu kecil sehingga lah dewasa. Sejak dari bangku sekolah tadika sehinggalah ke alam rumah tangga. Ia sentiasa hadir tanpa diundang, samada ianya sekadar ujian kecil atau besar. Ianya tetap dinamakan ujian.

Ujian dari Allah kepada manusia tidak melihat apa agamanya. Namun setiap ujian yang datang, membawa maksud yang tersirat. Sengaja Allah datangkan ia kepada manusia untuk manusia berfikir.

Jika ujian itu datang kepada orang kafir yang tidak percaya kepada tuhan, seperti sakit yang tiada penawarnya, kemiskinan terlampau, bahaya dari binatang buas dan sebagainya, adalah supaya dia berfikir bahawa semua ujian itu dia tidak dapat menanganinya dengan sendiri, tetapi memerlukan kuasa yang kuat untuk dia bergantung harap. Ketika itu hati kecilnya akan mengakui adanya tuhan iaitu Allah.

Jika ujian itu menimpa orang muslim dan mukmin pula, seperti kekurangan harta, diugut bunuh, dihina dan sebagainya, adalah tanda Allah sayang padanya. Kerana dengan ujian, orang yang betul-betul beriman akan sentiasa memanjat doa memohon dari Allah segala kekuatan untuk menempuhinya dengan tenang. Kerana Allah sukakan hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan dari-Nya.

Selain itu, ujian juga datang untuk melihat sejauh manakah pergantungannya kepada Allah. Disitu imannya diuji. Jika dia tidak mampu, maka menunjukkan imannya masih lemah dan nipis. Kerana iman tidak diukur pada kata-kata sahaja, tetapi pada perbuatannya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-ankabut ayat 2-3: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”

Allah sentiasa mendatangkan ujian secara berperingkat. Dan Allah Maha Tahu apa yang dia lakukan terhadap hamba-Nya. Mungkin ada orang merasakan dialah manusia yang paling banyak menerima ujian. Sehingga terlintas di hatinya bahawa Allah tidak berlaku adil padanya. Sedangkan dia terlupa bilamana Allah pernah berfirman di dalam kitab suci-Nya:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ” (al-Baqarah:286)

Maka, apabila kita telah faham apa maksud setiap ujian yang hadir sepanjang hidup kita, sepatutnya menjadikan kita merasa lebih yakin untuk menghadapinya. Jika ujian datang, maka hadapinya, bukan lari darinya.

Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya menempuh ujian.

Wallahua’lam.

This entry was published on May 12, 2014 at 9:58 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: