aimsdesign

Malu dan Iman

malu dan iman

 

Malu terdapat dua jenis. Satunya ialah perasaan malu secara azali yang terdapat dalam diri manusia sejak lahir. Ianya tidak boleh dikawal. Ianya datang dengan sendiri apabila ianya melibatkan maruahnya. Seperti dirinya yang kurang pandai dan diejek oleh orang lain.

Tetapi satu jenis lagi ialah malu yang terhasil dari mengenali Allah secara benar. Dan mengetahui secara jelas hukum-hukum syariat dan segala larangannya. Apabila orang yang mempunyai malu hasil mengenali Allah ini, dia berasa malu kepada Allah apabila dia meninggalkan suruhan-Nya atau melakukan larangan-Nya. Malu inilah yang dikatakan sebagai malu yang beriringan dengan iman. Hilangnya malu ini, bererti hilang juga imannya.

Sabda Rasululullah s.a.w: “Malu dan iman itu sentiasa beriringan bersama, jika salah satu dari keduanya hilang, maka hilanglah pula yang satu lagi” (H.R al-Hakim)

Manusia yang mempunyai sifat malu ini, dia akan sentiasa melakukan kebaikan dan ibadah, kerana sifat malunya kepada Allah. Seorang yang bersifat malu, dia juga akan sentiasa menjauhi segala larangan dan perkara haram kerana sifat malunya kepada Allah. Seorang perempuan akan sentiasa menutup dan menjaga auratnya kerana sifat malunya kepada Allah. Si lelaki pula akan sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat perkara haram kerana sifat malunya kepada Allah. Jika tiada sifat ini, maka manusia akan melakukan sesuka hatinya tanpa sedikitpun rasa malu.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimah kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu’.” (H.R Bukhari)

Malu yang difahami ini adalah sebuah sifat yang menghasilkan akhlak yang mulia dan disukai orang sekelilingnya. Tutur katanya lemah lembut dan tingkah lakunya sopan. Kerana malu akan sentiasa bersama perkara kebaikan yang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” (Muttafaq ‘alaihi)

Jadi marilah kita sama-sama tanamkan sifat malu ini dalam diri. Jika tidak mampu untuk merasa malu kepada Allah, maka malulah pada orang sekeliling. Jika tidak mampu juga, maka cubalah malu pada diri sendiri. Jika tidak mampu juga, maka itu tandanya imanmu sudah terlalu nipis.

Wallahua’lam.

 

This entry was published on May 28, 2014 at 4:16 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: