aimsdesign

Ibu

ibu2

 

 

Ibu adalah seorang insan yang hebat.

Sakitnya selama 9 bulan mengandungkanmu, semata-mata untuk memberi kehidupan kepada dirimu.

Keringatnya mengemas rumah sepanjang hari, hanya untuk memberikan keselesaan kepada dirimu.

Letihnya melayan karenah dirimu ketika kecil, semata-mata mahu melihat dirimu membesar dengan baik.

Masa lapangnya dihabiskan begitu sahaja, semata-mata mahu memberi didikan dan nasihat buat dirimu.

Duit simpanannya sanggup dibelanjakan, hanya semata-mata mahu melihat dirimu melangkah masuk ke menara gading.

Jasa ibu apa lagi mahu engkau pertikaikan? Terkadang engkau hidup terlalu selesa sehingga engkau terlupa ibulah yang banyak membantu dirimu. Kerana ibu bukanlah insan yang suka mengungkit. Dia cuma mahukan jasanya dibalas dengan kasih sayang seorang anak. Memahami perasaannya. memahami gelora jiwanya.

Terkadang ibu boleh dianggap seorang gila. Kerana hanya ibu sahaja yang mampu menyayangi dirimu melebihi sayangnya dia pada dirinya sendiri. Ibu tidak peduli dianggap begitu, kerana ibu hanya mahu melihat dirimu bahagia.

Usianya semakin meningkat, sedikitpun dia tidak peduli asalkan dia dapat melihat dirimu membesar dengan baik. Ibu akan sentiasa melihat dirimu seorang kanak-kanak yang masih kecil meskipun dirimu sudah bergelar bapa kepada anak-anakmu. Kerana pada mata ibu, engkau adalah kanak-kanak sampai bila-bila.

Ketika engkau leka dengan dunia, ibulah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buatmu. Di saat kau lalai mengejar harta, ibulah yang sentiasa menasihati dirimu agar kembali kepada fitrah asalmu. Dan ketika kau tidak pedulikan nasihatnya, ibulah yang menanggung sedih seorang diri. Engkau tidak akan tahu. kerana engkau hanya mementingkan dirimu.

Bila malaikat izrail hampir menjemput ibu, dirinya masih sempat menulis wasiat buat dirimu agar engkau sentiasa mengingati tuhan. Kerana ibu tahu, dia sudah tidak lagi mampu menatap wajah anaknya selepas ini. Ketika ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, engkau tiada di sisinya. Ibu pergi seorang diri buat selamanya.

Ketika engkau tahu berita pemergian ibu, baru engkau sedar bahawa dirimu tidak pernah membalas jasa ibu. engkau hanya mampu menyesal. Tapi sesalanmu sedikit pun tiada guna lagi. Ibu tiada lagi untuk kau berjasa padanya. Kini kasih ibu yang selama ini ada, sudah hilang. Engkau kehilangan satu nikmat yang besar. Nikmat seorang ibu.

Ingat! Hargailah ibu selagi dia masih ada.

This entry was published on August 29, 2014 at 11:55 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: