aimsdesign

Menjemput Rezeki

menjemput rezeki

 

Pelbagai cara manusia mencuba untuk mencari rezeki. Namun, ramai yang terlupa bagaimana cara paling mudah untuk mendapatkannya. Iaitu dengan menunaikan paling kurang 2 rakaat solat sunat Dhuha dan paling banyak 8 rakaat mengikut hadis yang paling sohih.

Solat sunat Dhuha adalah solat sunat seperti solat-solat sunat rawatib yang lain. Dimulakan dengan niat dan membaca apa-apa bacaan dari ayat al-quran. Cuma waktunya khusus pada waktu Dhuha iaitu waktu siang. Bermula selepas terbitnya matahari iaitu waktu tamatnya subuh dan berakhir sebelum matahari tepat di atas kepala.

Seperti sedia maklum, waktu dhuha ialah waktu di mana manusia sedang sibuk bekerja mencari rezeki. Ketika itulah Allah mahu melihat dari kalangan hamba-Nya yang manakah akan mengambil sedikit waktunya untuk berwuduk dan menunaikan solat sunat dhuha sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Fadhilat solat sunat Dhuha terlalu banyak disebut di dalam hadis-hadis nabi. Antaranya solat sunat ini boleh menghapuskan dosa, disediakan mahligai di syurga kelak, pahalanya setaraf umrah dan haji serta dianggap sebagai sedekah yang mulia. Bukan itu sahaja, kepentingan waktu dhuha juga boleh dilihat bilamana Allah menamakan salah satu surah dari 114 surah di dalam al-quran dengan nama ad-Dhuha. Malah memulakannya dengan kalimah ‘wa’ yang bermaksud ‘demi’ yang juga bererti ianya sesuatu yang sangat penting dan banyak kelebihannya apabila kalimah sumpah itu digunakan Allah terhadap makhluk-Nya.

Mahu rezeki datang tanpa diduga dan dicukupkan segala keperluan harian? tunaikanlah solat sunat dhuha dengan penuh yakin terhadap janji Allah. Sedangkan Rasulullah s.a.w juga sentiasa mengamalkannya sepanjang hayat baginda dan sempat mewasiatkannya kepada beberapa sahabat.

Kekasihku sollallah ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari

 

This entry was published on September 29, 2014 at 1:57 pm and is filed under Poster. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: